AD (728x60)

Facebook

Flickr Images

Thursday, 3 September 2015

Misteri Kapal Flor de la Mar yang hilang di Selat Melaka!

Kongsikan


Replika Kapal Flor de la Mar, Melaka

Kapal Flor de la Mar atau nama Melayunya Si Kuntum Laut merupakan sebuah kapal Portugis yang membawa kekayaan yang dirompak oleh Afonso de Albuquerque dari Kesultanan Melaka pada tahun 1511 untuk dihadiahkan kepada Raja Portugis.


Apakah harta yang yang ada di dalam kapal tersebut?

Mengikut catatan Afonso, 


Tidak ada apa yang terselamat kecuali mahkota, pedang emas dan cincin bertatah batu delima yang dihadiahkan oleh Raja Siam kepada Raja D. Manuel. Di antara harta yang hilang, Afonso de Albuquerque sangat berduka terhadap hilangnya gelang sakti Syahbandar Melaka atau Nahkoda Begak (Naodabegeadan empat (atau enam) patung singa gangsa milik Sultan Melaka yang dia berhasrat untuk dibuat hiasan kuburnya kelak.
Berikut adalah senarai harta yang dikatakan ada dalam kapal tersebut:

A)Mengikut laman web topsecretwriter.com kapal tersebut mengandungi 60 tan emas atau bersamaan dengan 54431.1kg, bolehkah anda membayangkan betapa banyaknya emas Melaka? Gambar dibawah merupakan sebuah lori yang boleh membawa muatan sebanyak 60 tan.



B)Robert Marx seorang pencari harta karun Amerika dikatakan telah membelanjakan 20 juta dollar untuk mencari kapal tersebut, Robert Marx mengatakan ini adalah kapal yang terkaya pernah hilang di laut, dengan mengandungi 200 peti besar batu permata daripada saiz setengah inci hingga ke saiz penumbuk manusia.

C)Diantara harta Kerajaan Melayu Melaka menurut catatan yang terdapat dalam kapal tersebut adalah seperti berikut.


1.Perempuan-perempuan penenun kain
2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan dibawa menaiki Kapal ini, tapi mati semasa kapal itu karam)
3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak
4. Tandu gajah Sultan Melaka yang disepuh emas
5. 60 Tan Emas barang kemas
6. Meja berkaki emas
7.Gelang Sakti Nakhoda Begak
8. 6 bijik Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Baju2 berkain baldu dan sutera
11. Mangkuk mangkuk perak
12. 2 pasu besar
13. perabot2 indah
14. 200 kotak berlian, rubi, permata permata mahal


Hasil rampasan dari Istana Melaka dianggarkan sebanyak :  USD 3,000,000,000.00. Bayangkan betapa kayanya Melaka pada zaman itu yang digelar Venice of the East.

Sebagai penutup berikut adalah sebahagian terjemahan laporan tentang tenggelamnya Kapal ini.
Selepas merampas harta, Portugis kembali belayar ke Goa dibawah arahan Afonso de Albuquerque dengan 4 kapal yang lain dan tongkang. Cuaca adalah baik dengan laut yang tenang apabila tiba-tiba; ketika belayar pada waktu malam disepanjang pesisir pantai Sumatera, kapal telah diserang oleh taufan yang dahsyat dengan ombak yang besar dan ribut petir. Cuba untuk mencari perlindungan di pantai, Kapitan lama dan gemilang telah menjadi kapal karam di pantai. Tubuh busuk dan lamanya itu terbuka sendiri dan kapal telah terbelah menjadi 2 bahagian. Bahagian belakang tenggelam sepenuhnya dibawah pasir dan akhirnya dimusnahkan oleh ombak.
Di dek, Abuquerque berusaha menyelamatkan anak perempuan dari salah seorang hambanya yang sedang menunggu ajal. Dalam situasi penuh dahsyat, sampan siar dari kapal terdekat, the Trinity, berjaya menyelamatkan Afonso dan beberapa orang Portugis, 5 jumlahnya. Namun, kapal tersebut telah hilang sepenuhnya dengan kekayaan barangan muatannya dan lebih 400 orang lelaki..Dengan Flor do Mar hilang akan harta karunnya untuk Raja, emas, mutiara, berlian dan batu permata. Antara harta yang meninggalkan kesan peribadi kepada Afonso ialah dua singa dalam loyang dan gelang sihir yang terkenal Raja Sabandar. 



SUMBER RUJUKAN:

The commentaries of the great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, Volume 1. Afonso de Albuquerque, Walter de Gray Birch, p. 199-200

http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpress.com/2012/08/11/berbilion-dolar-harta-karun-kerajaan-melayu-melaka-di-telan-laut/

http://www.aquiziam.com/top-ten-lost-treasures.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Flor_de_La_Mar

https://en.wikipedia.org/wiki/Flor_de_La_Mar


Tags:

Ditulis Oleh

Terima Kasih kerana melawat Ciptaan.com

 

Hubungi Ciptaan.com

Name

Email *

Message *

Artikel Terbaru

" Ilmu itu seperti udara, ada di mana saja dan bebas diambil siapa saja "

Copyright © Ciptaan.com | Designed by Ciptaan.com